Jaga nama, imej jabatan – M Chandra

Jaga nama, imej jabatan – M Chandra

Kota Kinabalu: Ketua Staf Bahagian Operasi Darat (BOD) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner M Chandra, semalam melakukan lawatan di Pusat Pemeriksaan Darat (RCP) Sapi Nangoh, Beluran bagi memberi pesanan dan motivasi anggota keselamatan.

Dalam lawatan singkat itu juga beliau turut memberi kata-kata semangat supaya terus melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti dan sentiasa menjaga nama baik serta imej jabatan.

M Chandra memberi bakul makanan dan pelitup muka kepada anggota di RCP Sapi Nangoh, Beluran. Gambar ihsan ESSCOM

“Ini perlu diberi penekanan dalam kita memperkasa RCP dengan mengadaptasikan slogan Relevan, Efektif dan telus.

“Tindakan ini supaya kewujudan RCP dapat dirasai, dilihat dan digeruni,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan itu, Penolong Ketua Staf, Operasi Darat ESSCOM, Superintendan Ijid Landu.

Sementara itu, dalam lawatan yang sama, beliau turut menyampaikan sijil kepada 15 anggota RCP yang berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan syabu pada 2 September lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|