Istana Seri Kinabalu, Menara Kinabalu nama baharu Istana Negeri dan PPNS

Istana Seri Kinabalu, Menara Kinabalu nama baharu Istana Negeri dan PPNS

Kota Kinabalu: Istana Negeri Sabah dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kini masing-masing dikenali sebagai Istana Seri Kinabalu dan Menara Kinabalu.

Perubahan nama itu diwartakan menerusi Warta Kerajaan Negeri Sabah yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong pada 5 Ogos lalu dan diterbitkan pada 26 Ogos lalu.

Warta berkenaan turut dimuat naik di laman web kerajaan negeri, www.sabah.gov.my/gazette/ dan tular dimedia sosial sejak malam tadi.

Istana Seri Kinabalu berfungsi sebagai pejabat dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Menara Kinabalu pula menempatkan pejabat Ketua Menteri dan beberapa kementerian negeri seperti Kementrian Kewangan dan Jabatan Ketua Menteri.

Bangunan 33 tingkat itu bersama dua bangunan bersebelahan setinggi sembilan tingkat yang dibina dengan kos kira-kira RM600 juta siap pada Disember 2016

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|