Ismail jumpa Jokowi bincang pembangunan sempadan Sabah, Sarawak dengan Kalimantan

Ismail jumpa Jokowi bincang pembangunan sempadan Sabah, Sarawak dengan Kalimantan

Sandakan: Perdana Menteri berkata, kerajaan persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Indonesia mengenai usaha memajukan kawasan sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan menjadi tumpuan dalam perjumpaannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika lawatan ke negara tetangga itu, minggu depan.

“Minggu depan saya akan pergi ke Indonesia berjumpa dengan bapak Jokow dan salah satu perbincagan saya dengan beliau ialah bagaimana kita bangunkan kawasan sempadan.

“Sebagai contoh Kalabakan, ia adalah kawasan sempadan dengan Indonesia dan Indonesia juga sedang majukan kawasan sempadan mereka. Jadi, kita juga mahu supaya kawasan sempadan Sabah dengan bandar baharu di sebelah sana kita majukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pimpinan Masyarakat Daerah Sandakan bersama Perdana Menteri, di sini, malam ini.

Ismail Sabri berkata, bagi memajukan kawasan sempadan, ia bermakna isfrastruktur di kawasan itu juga perlu dinaik taraf dan antara kawasan yang akan ditumpukan ialah Kalabakan.

Tambahnya, Kalabakan juga berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang menarik tumpuan pengunjung luar sejajar kedudukannya di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|