Ibu terkejut anak 13 tahun lahirkan bayi perempuan

Ibu terkejut anak 13 tahun lahirkan bayi perempuan

Kota Belud: Seorang ibu amat terkejut apabila anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun melahirkan bayi perempuan dalam kejadian di rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, ibu terbabit yang tersedar daripada tidur mendapati anaknya yang berusia 13 tahun sedang membersihkan seorang bayi.

Terkejut dengan kejadian, wanita itu terus membawa remaja dan bayi terbabit ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sepatutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dirogol oleh sepupu lelakinya berusia 14 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal, mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam, untuk siasatan selanjutnya.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sahimi berkata, setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|