i-Citra mekanisme bantu mereka terjejas PKP: PM

i-Citra mekanisme bantu mereka terjejas PKP: PM

Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebentar tadi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli- ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|