Hukuman Najib ditangguhkan

Hukuman Najib ditangguhkan

Kuala Lumpur: Mahkamah menetapkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan sementara bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Memetik laporan Malaysia Post, penangguhan itu dibuat oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Keputusan penangguhan itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut menetapkan Ahli Parlimen Pekan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Terdahulu, panel tiga hakim berkenaan sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Najib.

Rayuan di Mahkamah Persekutuan adalah peluang terakhir Najib untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|