Hanya dua doktor hadir hartal doktor kontrak

Hanya dua doktor hadir hartal doktor kontrak

Kota Kinabalu: Pergerakan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) lesu dengan hanya dihadiri dua petugas pegawai perubatan setakat jam 12.30 tengah hari tadi.

Dua doktor wanita berusia lingkungan 20-an itu dilihat keluar dari lobi utama hospital sebelum menuju ke tempat parkir kenderaan sambil membawa plakad.

Kedua-dua mereka yang mendapat perhatian ramai termasuk petugas media kemudiannya menunjukkan plakad yang bertulis ‘hkontrak’ dan ‘we are your future specialists’.

Petugas media kemudiannya berusaha mendekati mereka sebelum bertanya sama ada kehadiran mereka akan disusuli rakan lain.

Mereka hanya menyatakan ketidakpastian dan terus berada kawasan parkir sambil mengangkat plakad yang dibawa.

Bagaimanapun, sehingga jam 12.30 tengah hari tadi, tiada pertambahan kehadiran pegawai perubatan lain dan tiada sebarang perhimpunan lain dibuat di hospital berkenaan.

Untuk rekod, Hartal Doktor Kontrak dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi hari ini dan akan diadakan di 24 hospital seluruh negara.

Ia juga dijangka diadakan di Sabah iaitu HQE I dan Hospital Tawau sebagai protes kepada kerajaan berhubung tuntutan mereka sebelum ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|