Hajiji ucap takziah kepada keluarga Lajim

Hajiji ucap takziah kepada keluarga Lajim

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia pagi tadi.

“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan dan keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim yang tersayang.

“Datuk Lajim adalah pemimpin yang berdedikasi dan juga kawan yang baik serta telah banyak menyumbang kepada negeri dan negara sepanjang karier politiknya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hajiji berkata, sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Lajim adalah seorang pemimpin yang sangat berjasa, banyak menyumbangkan masa dan sentiasa berkongsi nasihat yang baik kepada parti.

Lajim yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ Sabah dan jenazahnya sudah dibawa balik ke kampung halamannya di Kampung Kaundo, Kebatu Bequfort untuk dikebumikan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|