Guru SK Lubok Temiang johan Pertandingan Video Pendek HRMIS

Guru SK Lubok Temiang johan Pertandingan Video Pendek HRMIS

Labuan: Empat guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Temiang, di sini, muncul johan Pertandingan Video Pendek Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) 2021 anjuran Jabatan Pendidikan Labuan.

Guru terbabit, Hasnan Saad, Norhasiken Mohd Dahli, Junainah Yahya dan Rini Othman membawa pulang hadiah wang tunai RM300 serta sijil.

Hasnan berkata, pertandingan anjuran HRMIS Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan itu menekankan aspek perancangan tenaga kerja dan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lengkap.

Selain itu, katanya ia juga disasar dapat membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk perancangan sumber manusia yang berkesan.

Pada masa sama, katanya ia juga juga menekankan aspek komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui ‘single window’.

“Ia juga bertujuan untuk menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran ‘paper less’,” katanya.

Sementara itu, Norhasiken berharap menerusi pertandingan itu akan meningkatkan pengalaman dan pengetahuan terhadap diri sendiri dan orang ramai mengenai HRMIS.

“Menerusi pertandingan itu ia akan membantu dan dapat menyebarluaskan kepentingan HRMIS melalui video,” katanya.

Guru Besar SK Lubok Temiang, Adam Abd Rahim pula berkata selain memenangi hadiah, pertandingan itu juga mampu memberi manfaat kepada guru sekolah itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|