ESSCOM perlu tambahan aset perkukuh pertahanan sempadan

ESSCOM perlu tambahan aset perkukuh pertahanan sempadan

Lahad Datu: Kerajaan perlu meneliti semula keperluan menambah aset bagi memperkukuhkan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilihat memerlukan penambahan kelengkapan aset bagi memastikan semua operasi di kawasan sempadana negara berjaya lancar.

Komander ESSSOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, penambahan aset itu penting bagi meningkatkan lagi kawalan operasi terutamanya di kawasan sempadan.

Katanya, walaupun sudah hampir 23 bulan tanpa rekod kemasukan penjenayah rentas sempadan atau kes penculikan di kawasan ESSZONE, perkara itu masih perlu diambil perhatian serius.

“Penambahan aset sudah pasti dapat mengatasi masalah jenayah rentas sempadan dari negara jiran Indonesia dan Filipina yang kerap dilaporkan berlaku sebelum ini.

“Pihak ESSCOM juga sudah mengemukakan cadangan untuk menambah keperluan aset seperti radar dan 30 buah bot pelbagai guna termasuk light aircraft namun sehingga kini belum diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa program latihan dalam perkhidmatan penyusupan taktikal dan penerjunan PARA bebas pasukan Khas ESSCOM bersama komando Polis 69 dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, Jawatankuasa Perancangan Gerakan Kebangsaan bersetuju mewujudkan Pos Kawalan Keselamatan Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik, Tawau.

Katanya, pos kawalan itu bagi menangani isu penyuludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan tikus.

“Selain itu, ia juga bagi melaksanakan tugas mengekang jenayah rentas sempadan dengan Negara Indonesia.

“ESCCOM juga bercadang untuk mewujudkan pos gabungan antara agensi keselamatan dilaksanakan dan perkara berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat ESSCOM yang terdekat,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|