ESSCOM berjaya kekang jenayah rentas sempadan sudah hampir dua tahun

ESSCOM berjaya kekang jenayah rentas sempadan sudah hampir dua tahun

Lahad Datu: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya mengekang dan membanteras jenayah rentas sempadan sepanjang tempoh 23 bulan.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, sepanjang tempoh itu, tiada sebarang maklumat atau kejadian cubaan penculikan untuk wang tebusan dilaporkan.

Katanya, pihak ESSCOM berjaya mengekang jenayah terutamanya dalam memastikan tiada kemasukan kumpulan jenayah rentas sempadan.

“Sudah hampir dua tahun tiada sebarang kes Kidnap For Ransom (KFR) dan kita juga berjaya mengekang kemasukan sebarang kumpulan penjenayah rentas sempadan.

“Itu membuktikan setakat ini, kawasan Pantai Timur Sabah berada dalam keadaan yang terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa program latihan dalam perkhidmatan penyusupan taktikal dan penerjunan PARA bebas pasukan Khas ESSCOM bersama komando Polis 69 dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah pada Selasa.

Terdahulu, Ahmad Fuad menerima Lencana Sayap Kehormat Payunt Terjun dalam program tersebut yang disampaikan oleh Wakil Komander 69 Komando , Asisten Komisioner Hamzah Hasim.

Ahmad Fuad berkata. ESSCOM tidak akan sesekali leka walaupun tidak ada berlaku sebarang kes dan mereka akan sentiasa mencari maklumat untuk tindakan awal.

“Hubungan kerjasama keselamatan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia juga masih diteruskan termasuk rondaan udara dan laut secara bersama di sempadan tiga negara,”katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|