Erat hubungan antara masyarakat dan PDRM

Erat hubungan antara masyarakat dan PDRM

Kota Kinabalu: Sesi dialog Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama masyarakat bertujuan mengeratkan hubungan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah selain memperkukuhkan keselamatan setempat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, program itu merupakan platform sangat penting dalam merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Mohd Zaidi memberi penerangan kepada pemimpin masyarakat yang hadir pada sesi dialog berkenaan. Pix ihsan IPD KK

Katanya, ia akan menghasilkan kerjasama dalam mencegah jenayah,  keselamatan, ketenteraman awam termasuk kesihatan bagi memastikan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Melalui sesi dialog ini, masyarakat akan diberi pendedahan cara terbaik membanteras jenayah dalam kalangan penduduk selain meningkatkan kesedaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Salah seorang pemimpin masyarakat menyampaikan pertanyaan kepada Mohd Zaidi pada sesi dialog berkenaan. Pix ihsan IPD KK

“Ia juga boleh digunapakai untuk mewujudkan kerjasama dalam persiapan menangani bencana seperti banjir dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Dialog Keselamatan PDRM bersama JPPM, Ketua Kampung, ARS dan KRT sekitar bandaraya ini, di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, masyarakat juga boleh memainkan peranan sebagai mata dan telinga polis untuk menyampaikan maklumat sebelum tindakan dapat diambil.

Katanya, ia akan memastikan tindakan segera dapat diambil sebelum masalah atau jenayah yang timbul menjadi semakin serius.

“Tanpa pengetahuan atau maklumat daripada orang awam, pihak polis berdepan kesukaran di peringkat awal untuk menyelesaikan sebarang atau jenayah.

“Namun dengan adanya maklumat awam atau menerusi peranan ketua komuniti, polis akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisyen,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, semua pihak harus memainkan peranan terutamanya dalam memastikan kawasan di bawah tanggungjawab masing-masing selamat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|