Empat sekeluarga terselamat, kenderaan bertembung lori

Empat sekeluarga terselamat, kenderaan bertembung lori

Ranau: Seorang lelaki bersama tiga anaknya terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kundasang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, 43, bersama tiga anak berusia lingkungan lima hingga 15 tahun terbabit bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan

Manakala pemandu dan kelindan lori berusia 35 dan 21 tahun pula terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Keadaan kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda bertembung lori di Jalan Kundasang, Ranau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, semua mangsa yang cedera terus diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS.

“Semua mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Ranau menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 4.15 petang selepas tiada lagi kemerbahayaan lain ditemui di kawasan kejadian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|