Empat kedai terbakar di Papar

Empat kedai terbakar di Papar

Papar: Empat premis kedai di bangunan Giatmara, di Kampung Takis, di sini, musnah terbakar, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, kebakaran berkeluasan 730 meter persegi berkenaan bagaimanapun hanya membabitkan 60 peratus kemusnahan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 malam.

Katanya, sepasukan 16 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama empat jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Sebaik tiba, api masih marak membakar premis berkenaan dan operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal pada jam 1 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya sejam selepas itu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bahagian forensik JBPM.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|