Elak berada di kawasan PKPD – KPD Penampang

Elak berada di kawasan PKPD – KPD Penampang

Penampang: Orang ramai di daerah ini digesa supaya mengelakkan diri dari kawasan Penampang Baru yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 5 hingga 18 Ogos, depan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, antara kawasan yang terbabit dalam pelaksanaan PKPD kali ini termasuk penutupan Pasaraya Survey Penampang Baru.

Katanya, hasil tinjauan pasukan pemantau mendapati, masih terdapat individu yang melakukan urusan di kawasan berkenaan.

“Oleh yang demikian, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menasihati orang ramai supaya sebaiknya mengelakkan berada di kawasan berkenaan.

“Ia bagi tempoh sehingga pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan ditamatkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, masyarakat dinasihatkan supaya terus patuh dengan arahan daripada pihak berkuasa berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PKPD ditetapkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|