Kota Kinabalu: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual bersidang selama tiga hari, bermula 24 Ogos ini.
Speaker, Datuk Kadzim M Yahya, berkata persidangan dimulakan dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 24 Ogos.
Bagaimanapun, katanya tiada acara perbarisan diadakan sebagaimana kelaziman sejajar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.
Aturan persidangan pada 25 dan 26 Ogos, katanya dimulai dengan sesi soal jawab sebelum disusuli perbahasan ucapan Yang di-Pertua Negeri.
“Sidang DUN diadakan secara fizikal dengan kehadiran semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pematuhan ketat SOP termasuk penjarakan fizikal dan pemasangan penghadang,” katanya.
Persidangan itu katanya boleh diikuti secara langsung melalui saluran YouTube kerajaan negeri.
-Deasoka