Dua lagi tuduhan?

Dua lagi tuduhan?

KOTA BELUD: Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among, mungkin berdepan tambahan dua lagi pertuduhan baharu.

Ia berikutan kertas siasatan polis membabitkan dua kesalahan lain sudah diselesaikan dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, dua kertas siasatan itu membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan No 2) 2021.

“Siasatan selesai dan kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kemungkinan pendakwaan dilakukan atau tidak, itu terpulang kepada mereka (pejabat Peguam Negara),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, semalam, Phillip, berdepan lima pertuduhan mencabul kehormatan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini.

Beliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan selepas didakwa mencabul dua wanita berasingan termasuk seorang ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|