Dua kilang, tiga pekerja dikenakan kompaun

Dua kilang, tiga pekerja dikenakan kompaun

Kota Kinabalu: Dua kilang di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dikenakan kompaun selepas didapati cuai memastikan pekerja mengimbas kod MySejahtera.

Selain itu, polis turut mengeluarkan tiga kompaun kepada pekerja yang gagal mengimbas kod MySejahtera menjadikan jumlah keseluruhan kompan dikeluarkan sebanyak RM26,000.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah, Senior Asisten Komisioner, Yusuh Mat Tais berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati kedua-dua kilang ini menuruti syarat-syarat dibenarkan termasuk jumlah pekerja yang dibenarkan.

Katanya, kedua-dua kilang ini beroperasi masing-masing dengan 50 dan 60 pekerja dalam satu-satu masa.

“Bagaimanapun, pemeriksaan kod imbasan pula mendapati tiga pekerja gagal membuat imbasan kod MySejahtera.

“Bagi syarikat, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 setiap satu manakala bagi pekerja pula dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya ketika ditemui media selepas hadir dalam Op Patuh di KKIP, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

Katanya lagi, tindakan diambil di bawah Perkara 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan tempatan jangkitan) (No 4) 2021

Katanya, operasi pemantuan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan pandemik Covid-19 dapat dilandaikan.

Operasi ini turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|