Drone bongkar aktiviti pembalakan haram

Drone bongkar aktiviti pembalakan haram

Semporna: Pemantauan menggunakan ‘drone’ yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan bantuan Unit Drone Pasukan Gerakan Udara (PGU) berjaya mengesan sebuah pondok di Hutan Simpan Segarong, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9 pagi itu, operasi yang turut disertai Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar mendapati pondok berkenaan dibina menggunakan kayu bergergaji.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, serbuan dijalankan selepas menerima makluman daripada PGU berhubung kewujudan pondok berkenaan.

Katanya, hasil serbuan mendapati pondok berkenaan sudah ditinggalkan namun terdapat kesan bekas pembalakan haram yang masih baharu.

“Hasil pemeriksaan lanjut sekitar lokasi tidak menemui mana-mana suspek, namun pasukan operasi ada menemui kesan aktiviti pembalakan haram.

“Pasukan operasi kemudiannya mengambil tindakan merobohkan pondok dan saki baki kayu bergergaji berkenaan,” ketik dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Enakmen Hutan 1968 bagi mengesan individu bertanggungjawab.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|