DBKK bentang pelan strategik bandar raya Kota Kinabalu

DBKK bentang pelan strategik bandar raya Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini membentangkan pelan strategiknya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelan strategik itu dibentang oleh Pasukan Pengurusan DBKK yang diketuai Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip di Menara Kinabalu.

Taklimat yang disampaikan Noorliza memaklumkan mengenai pelbagai pelan strategik untuk bandar raya ini mulai tahun depan.

Antara kertas kerja yang dibentangkan kepada Hajiji ialah Pelan Strategik Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu (2022-2026) dan Pelan Strategik DBKK (2022-2027).

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai.

Terdahulu, rombongan DBKK sempena pembentangan taklimat itu juga diketuai oleh Noorliza.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|