Covid-19 Sabah: Jemaah umrah cetus kluster import di Sandakan

Covid-19 Sabah: Jemaah umrah cetus kluster import di Sandakan

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan satu kluster baharu Covid-19 membabitkan kes indeks yang baru balik daripada menunaikan ibadah umrah.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Millenium Saudi itu dikesan selepas kes indeks dikenal pasti positif Covid-19 pada 17 Disember lalu.

Katanya, saringan yang dibuat dalam kalangan ahli rombongan umrah dan kontak rapat mendapati 10 orang lagi dijangkiti virus berkenaan menjadikan 11 kes semuanya setakat ini.

“Terdapat satu kluster baharu di Sandakan iaitu kluster import. Kluster Millenium Saudi itu melibatkan seorang lelaki (indeks kes) yang baharu kembali daripada ibadah umrah.

“Saringan PCR telah dibuat di pintu masuk KLIA setibanya kes indeks pulang dari Arab Saudi, sebelum beliau menyambung penerbangan domestik ke Sandakan.

“Beliau seterusnya menjalani kuarantin wajib di rumah di Sandakan dan dimaklumkan keputusan saringan PCR positif Covid-19 pada 17 Disember.

“Saringan yang dibuat dalam kalangan ahli rombongan umrah dan kontak rapat mendapati 10 orang lagi telah dijangkiti. Tindakan rawatan yang sesuai telah diambil keatas semua yang terlibat,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata kes baharu di Sabah meningkat lagi sebanyak 46 kes kepada 202 hari ini.

Katanya, sebanyak 13 daerah mencatat peningkatan kes baharu dengan tiga daerah menunjukkan peningkatan ketara iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau.

“Tujuh daerah mencatat penurunan kes yang didahului oleh Penampang, manakala tujuh daerah lagi mencatat kes yang sama seperti semalam.

“Kota Kinabalu merekodkan kes baharu tertinggi dengan 43 kes, diikuti Tuaran (31 kes), Ranau (17 kes), Sandakan (17 kes), Kota Belud (15 kes) dan Beaufort (20 kes).

“Sebanyak 17 daerah lain merekodkan kes pada kadar satu angka sahaja, manakala empat daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya seramai 197 orang daripada 202 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan 5 serta dua kes dalam Kategori 4.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 22 Disember 2021
Sabah 202 (156)

Kota Kinabalu 43 (28)
Tuaran 31 (18)
Ranau 17 (7)
Sandakan 17 (13)
Kota Belud 15 (15)
Beaufort 10 (2)
Papar 9 (11)
Penampang 8 (19)
Kota Marudu 8 (8)
Keningau 6 (0)
Tambunan 5 (5)
Tenom 5 (3)
Putatan 5 (7)
Sipitang 4 (7)
Semporna 3 (2)
Kuala Penyu 3 (2)
Beluran 3 (1)
Lahad Datu 3 (1)
Pitas 2 (0)
Tongod 2 (1)
Kinabatangan 1 (1)
Nabawan 1 (1)
Tawau 1 (1)
Telupid 0 (1)
Kunak 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 21 Disember 2021

Kluster Baharu
Kluster Millenium Saudi
Sandakan, 11 (+6)
(Kluster Import)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|