Covid-19 Sabah: Turun naik kes dijangka berterusan

Covid-19 Sabah: Turun naik kes dijangka berterusan

Kota Kinabalu: Sabah dijangka terus mencatat keadaan turun naik kes harian Covid-19 berikutan jumlah kes tidak menentu yang dilaporkan di seluruh negeri ketika ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hari ini Sabah sekali lagi merekod kenaikan kepada 820 kes berbanding 790 kes semalam.

Katanya, keadaan turun naik kes itu dijangka berterusan dalam masa terdekat.

“Apabila virus Covid-19 sudah berada di tengah-tengah komuniti, jangkitan sporadik akan mudah berlaku.

“Turun naik kes harian banyak dipengaruhi oleh sikap dan tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara iti, Masidi berkata, sebanyak 15 daerah mencatat peningkatan kes hari ini, diikuti sembilan daerah mencatat penurunan dan tiga daerah kekal dengan catatan seperti semalam.

Katanya, daerah Kota Kinabalu kekal dengan catatan tertinggi iaitu 103 kes manakala kes terendah adalah di Kalabakan yang hanya mencatatkan dua kes.

“Daerah lain yang mencatat peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Belud (+37 kes), Papar (+18 kes), Tenom (+14 kes), Telupid (+14 kes) dan Pitas (+10 kes).

“Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Kota Marudu (-43 kes), Ranau (-27 kes) dan Beluran (-14 kes),” katanya.

Beliau berkata, jumlah kes melalui saringan bergejala yang dikaitkan dengan kes sporadik adalah tinggi iaitu 38.66 peratus daripada jumlah kumulatif kes hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|