Covid-19 Sabah: Trend meningkat berterusan

Covid-19 Sabah: Trend meningkat berterusan

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah terus menunjukkan ‘trend’ peningkatan dengan sebanyak 579 kes lagi direkodkan hari ini berbanding 573 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata walaupun hanya bertambah enam kes, namun peningkatan ketara di beberapa daerah tetap membimbangkan.

“Daerah yang mencatatkan peningkatan agak tinggi ialah Penampang (+20 kes), Tambunan (+17 kes), Tawau (+14 kes), Sipitang (+13 kes), Kota Belud (+12 kes) dan Tenom (+10 kes).

“Daerah yang mencatat penurunan signifikan pula ialah Kota Kinabalu (-31 kes), Beaufort (-16 kes), Putatan (-15 kes) dan Kuala Penyu (-10 kes),” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara ringkas, katanya masing-masing sebanyak 12 daerah mencatat peningkatan dan penurunan kes, manakala tiga daerah kekal seperti catatan semalam.

Beliau berkata, sebanyak 22 daerah mencatat di bawah 40 kes manakala lima daerah mencatat lebih 40 kes, dengan Kota Kinabalu kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 54 kes.

“Kes berpunca daripada saringan bergejala yang sinonim dengan jangkitan secara sporadik adalah tinggi dan hari ini sebanyak 228 kes atau 39.4 peratus daripada keseluruhan kes direkodkan.

“Jumlah kes jangkitan yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu menampakkan pertambahan berbanding sebelumnya. Analisis data harian menunjukkan 358 kes atau 61.8 peratus adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Selebihnya (37.65 peratus) adalah kes yang didaftarkan antara dua hingga lima hari setelah keputusan ujian saringan diperolehi termasuk tiga kes daftar lewat melebihi lima hari,” katanya.

Statistik kes Covid-19 mengikut daerah:

Covid Update 11 November 2021
Sabah 579 ( 573 )
Malaysia 6,323 (6,243)

Kota Kinabalu 54 (85)
Tuaran 53 (53)
Kota Belud 49 (37)
Beaufort 44 (60)
Ranau 41 (34)
Penampang 39 (19)
Tambunan 35 (18)
Kota Marudu 32 (40)
Papar 31 (32)
Tenom 31 (21)
Sandakan 20 (23)
Keningau 19 (25)
Tawau 19 (5)
Kudat 18 (19)
Pitas 17 (14)
Sipitang 16 (3)
Lahad Datu 14 (14)
Putatan 13 (28)
Tongod 8 (1)
Kinabatangan 7 (12)
Kuala Penyu 5 (15)
Beluran 5 (10)
Telupid 4 (2)
Semporna 2 (0)
Kunak 2 (2)
Nabawan 1 (0)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 10 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|