Covid-19 Sabah: Situasi di Sabah semakin stabil

Covid-19 Sabah: Situasi di Sabah semakin stabil

Kota Kinabalu: Kes harian di Sabah terus memperlihatkan ‘trend’ penstabilan sejajar dengan situasi semasa Covid-19 di seluruh negara.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jangkitan hari ini menurun sebanyak 29 kes berbanding 166 kes, semalam.

Bagaimanapun, katanya Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang tertinggi kes baharu di Sabah dengan 41 kes, naik tujuh berbanding sebelumnya.

“Kota Kinabalu diikuti oleh Tuaran dengan 27 kes (-2), Papar 18 kes (+7), Ranau 14 kes (-2), Penampang 13 kes (-5) dan Putatan 11 kes.

“Sebanyak 14 daerah mencatat kurang daripada 10 kes baharu termasuk lapan daerah yang merekodkan satu atau dua kes baharu sahaja.

“Tiada kes baharu di Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Katanya, seramai 161 orang daripada 166 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 17 Disember 2021
Sabah 166 (195)

Kota Kinabalu 41 (34)
Tuaran 27 (29)
Papar 18 (11)
Ranau 14 (16)
Penampang 13 (18)
Putatan 11 (0)
Tenom 9 (6)
Beaufort 7 (3)
Tambunan 4 (5)
Sandakan 4 (9)
Keningau 3 (5)
Tawau 3 (5)
Semporna 2 (0)
Kuala Penyu 2 (10)
Lahad Datu 2 (2)
Kota Belud 2 (16)
Sipitang 1 (4)
Pitas 1 (1)
Kalabakan 1 (1)
Kudat 1 (3)
Beluran 0 (3)
Telupid 0 (4)
Kinabatangan 0 (1)
Kota Marudu 0 (3)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (3)
Tongod 0 (3)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin 16 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|