Covid-19 Sabah: Semporna kini zon jingga, Kalabakan kekal zon kuning

Covid-19 Sabah: Semporna kini zon jingga, Kalabakan kekal zon kuning

Kota Kinabalu: Daerah Semporna hari ini beralih ke zon jingga, manakala Kalabakan kekal dalam zon kuning Covid-19 di Sabah.

Ia menjadikan 25 daerah lagi masih berada dalam zon merah setakat ini selepas hampir tiga bulan semua 27 daerah di Sabah berada dalam zon merah.

Dalam kenyataan malam ini, jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Semporna hari ini hanya mencatat dua kes baharu, manakala Kalabakan kekal sifar kes sejak semalam.

“Pecahan daerah mengikut zon Covid-19 pada hari ini ialah satu daerah dalam zon kuning, satu daerah dalam zon jingga dan 25 daerah dalam zon merah,” katanya.

Zon jingga menunjukkan kes aktif Covid-19 di daerah terbabit berada di bawah 40, manakala zon kuning menunjukkan kes aktif berada di bawah 20.

Secara keseluruhan, Sabah mencatat 549 kes baharu hari ini dengan empat kematian iaitu masing-masing dua kes di Keningau dan Tawau.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata seramai 535 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini, manakala 1,848 orang masih menerima rawatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|