Covid-19 Sabah: Patuhi SOP sepanjang sambutan Krismas – Masidi Manjun

Covid-19 Sabah: Patuhi SOP sepanjang sambutan Krismas – Masidi Manjun

Kota Kinabalu: Penganut Kristian dan orang ramai yang menyambut serta menghadiri sambutan Krismas esok diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pematuhan SOP penting bagi mengelak penularan Covid-19 ketika menyambut perayaan atau bercuti bersama keluarga.

“Selamat menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian dan kepada semua yang meraikannya.

“Adalah sangat-sangat diharapkan orang ramai terus mematuhi semua SOP semasa menyambut perayaan atau semasa bercuti bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Kerajaan negeri sebelum ini mengeluarkan SOP sambutan perayaan yang antara lain membenarkan penganut Kristian di negeri ini menjalankan aktiviti keagamaan dan berkunjung ke rumah sempena Krismas dengan had 50 peratus kapasiti rumah ibadat atau kediaman.

Sementara itu, Masidi berkata jangkitan Covid-19 di Sabah hari ini menunjukkan peningkatan tujuh kes kepada 168 kes baharu berbanding 161 kes semalam.

“Sebanyak lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu dengan 41 kes, Tuaran (30 kes), Penampang (14 kes), Papar (12 kes) dan Kota Belud (10 kes).

“Dalam pada itu, sebanyak 15 daerah mencatat kes satu angka sahaja, manakala tujuh derah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya.

Beliau berkata, seramai 161 orang daripada 168 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala satu kes dalam Kategori 3 serta dua kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 24 Disember 2021
Sabah 168 (161)

Kota Kinabalu 41 (24)
Tuaran 30 (27)
Penampang 14 (12)
Papar 12 (12)
Kota Belud 10 (12)
Kuala Penyu 9 (3)
Beluran 8 (2)
Tongod 8 (5)
Ranau 7 (6)
Keningau 5 (2)
Beaufort 5 (9)
Tambunan 4 (5)
Tenom 4 (6)
Sandakan 3 (10)
Putatan 2 (11)
Kudat 2 (2)
Semporna 1 (2)
Lahad Datu 1 (1)
Kinabatangan 1 (1)
Tawau 1 (1)
Telupid 0 (1)
Kota Marudu 0 (5)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Sipitang 0 (0)
Pitas 0 (1)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 23 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|