Kota Kinabalu: Daerah Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang tertinggi kes baharu Covid-19 di Sabah dengan 100 kes hari ini, meningkat 28 kes berbanding 72 kes semalam.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata tiga lagi daerah yang sering mencatat kes tinggi iaitu Tuaran, Ranau dan Kota Belud mencatat penurunan kes hari ini.
Katanya, daerah Ranau mencatat penurunan tertinggi sebanyak 30 kes kepada 21 kes hari ini, manakala Tuaran dan Kota Belud masing-masing mencatat 45 kes baharu dengan penurunan tiga dan satu kes sahaja.
“Secara keseluruhan jumlah kes bagi Sabah hari ini turun di bawah 500 kepada 486 kes, iaitu turun 27 kes berbanding 513 kes semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.
Sementara itu, Masidi berkata setiap hari masyarakat diberi peringatan mengenai keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara serius.
Katanya, jumlah kes melalui jangkitan sporadik terlalu tinggi yang bermakna jangkitan berlaku dengan begitu mudah.
“Kita tidak tahu siapa pembawa virus dan di mana serta bila jangkitan berlaku. Di Kota Kinabalu, 43 peratus daripada jumlah jangkitan baharu adalah melalui jangkitan sporadik, hampir 49 peratus di Penampang, 44 peratus di Kota Belud dan 77 peratus di Beaufort.
“Secara keseluruhannya peratusan kes sporadik atau saringan bergejala bagi Sabah ialah 41 peratus,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata 98 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala dua pesakit dalam Kategori 3, tiga pesakit dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 26 November 2021
Sabah 486 (513)
Malaysia 5,501 (6,144)
Kota Kinabalu 100 (72)
Tuaran 45 (48)
Kota Belud 45 (46)
Penampang 39 (35)
Keningau 29 (19)
Papar 26 (38)
Kota Marudu 23 (32)
Beaufort 22 (26)
Ranau 21 (51)
Putatan 19 (18)
Tenom 18 (12)
Kuala Penyu 14 (14)
Sipitang 13 (13)
Sandakan 12 (2)
Tongod 12 (0)
Kudat 11 (13)
Telupid 9 (2)
Tawau 9 (13)
Kalabakan 5 (0)
Kinabatangan 3 (25)
Nabawan 3 (3)
Pitas 3 (3)
Tambunan 2 (11)
Beluran 2 (6)
Lahad Datu 1 (5)
Semporna 0 (1)
Kunak 0 (0)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 25 November 2021
-Deasoka