Covid-19 Sabah: Kota Kinabalu catat kenaikan mendadak kes

Covid-19 Sabah: Kota Kinabalu catat kenaikan mendadak kes

Kota Kinabalu: Dearah Kota Kinabalu mencatat kenaikan mendadak kes COVID-19 dengan 60 kes baharu hari ini, naik 14 kes daripada 46 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata peningkatan itu disebabkan laporan 25 kes baharu yang membabitkan Kluster Bahtera Kinabalu.

“Bagi daerah Kota Kinabalu, selain kes daripada kluster, sebanyak 18 kes lagi berpunca daripada saringan bergejala, 11 kes menerusi saringan kontak rapat dan enam kes ldaripada lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara keseluruhan, Masidi berkata terdapat sedikit peningkatan iaitu sebanyak enam kes menjadikan jumlah jangkitan baharu hari ini sebanyak 231 kes.

Katanya, tujuh daerah mencatat kes dua angka, diikuti 14 daerah mencatat kes satu angka, manakala enam daerah tidak mencatat sebarang kes baharu.

Beliau berkata, semua daerah mencatat perubahan angka yang tidak statik kecuali daerah yang konsisten dengan catatan sifar kes seperti Kunak, Kalabakan dan Nabawan.

“Seramai 226 orang daripada 231 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 31 Disember 2021
Sabah 231 (226)

Kota Kinabalu 60 (46)
Penampang 26 (18)
Tuaran 22 (37)
Kota Belud 19 (14)
Beaufort 18 (10)
Papar 17 (12)
Kuala Penyu 10 (2)
Ranau 9 (12)
Putatan 8 (11)
Keningau 7 (13)
Kota Marudu 6 (2)
Lahad Datu 5 (2)
Sandakan 5 (9)
Tambunan 3 (7)
Telupid 3 (2)
Tenom 3 (1)
Tawau 3 (15)
Beluran 2 (4)
Kinabatangan 2 (2)
Sipitang 2 (1)
Kudat 1 (2)
Semporna 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (2)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 30 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|