Covid-19 Sabah: Kluster Jalan Tuaran Bakut diisytihar di Tuaran

Covid-19 Sabah: Kluster Jalan Tuaran Bakut diisytihar di Tuaran

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan satu kluster baharu Covid-19 di Bakut, Tuaran yang membabitkan sebuah institusi pendidikan, iaitu Institut Pendidikan Guru (IPG), hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kes indeks ialah seorang pelajar wanita yang didapati positif Covid-19 baru-baru ini.

Kluster Jalan Tuaran Bakut itu, katanya hari ini merekodkan tiga kes baharu, menjadikan 27 kes keseluruhan setakat ini termasuk kes indeks.

“Saringan kesihatan dalam kalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama kes indeks telah dijangkiti.

“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Sementara itu, beliau berkata Sabah meneruskan ‘trend’ peningkatan kes harian dengan mencatat peningkatan sebanyak 15 kes jumlah kes baharu sebanyak 322 kes hari ini.

“Daerah dalam kumpulan `Empat Serangkai’ kembali mengungguli senarai daerah kes tertinggi.

“Tuaran mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 55 kes, diikuti Kota Kinabalu (53 kes), Ranau (34 kes) dan Kota Belud (25 kes).

“Sebanyak 16 daerah lagi merekodkan kes pada satu angka sahaja termasuk enam daripadanya merekodkan sifar kes.

“Secara perbandingan dua daerah mencatatkan peningkatan jumlah kes yang agak tinggi iaitu Tuaran dengan pertambahan 21 kes dan Ranau sebanyak bertambah 14 kes,” katanya.

Katanya, dua daerah lagi mencatatkan penurunan agak besar iaitu Penampang dengan penurunan 17 kes dan Papar berkurang sebanyak 15.

Sementara itu, katanya, seramai 312 pesakit atau hampir 97 peratus pada hari ini berada Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti masing-masing dua pesakit dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 8 Disember 2021
Sabah 322 ( 307)
Malaysia 5,020 (4,965)

Tuaran 55 (34)
Kota Kinabalu 53 (47)
Ranau 34 (20)
Kota Belud 25 (17)
Keningau 23 (16)
Beaufort 21 (17)
Penampang 20 (37)
Putatan 15 (11)
Papar 11 (26)
Sandakan 11 (6)
Kota Marudu 11 (11)
Tenom 8 (12)
Kuala Penyu 7 (11)
Sipitang 6 (4)
Kudat 6 (6)
Pitas 5 (10)
Tambunan 3 (4)
Tawau 3 (4)
Beluran 2 ( 3)
Lahad Datu 2 (4)
Semporna 1 (0)
Telupid 0 (3)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Tongod 0 (4)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 7 Disember 2021

Kluster Baharu
Kluster Jalan Tuaran Bakut,
Tuaran 27(+3)
(Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|