Covid-19 Sabah: Kes turun semula hari ini

Covid-19 Sabah: Kes turun semula hari ini

Kota Kinabalu: Selepas naik mendadak semalam, kes baharu Covid-19 di Sabah turun semula kepada 189 kes hari ini daripada 237 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang kes harian tertinggi dengan 33 kes baharu hari ini.

“Ia diikuti oleh Tuaran (30 kes), Ranau (21 kes), Kota Belud (18 kes), Papar (15 kes), Penampang (15 kes), Sandakan (10 kes) dan Putatan juga 10 kes.

“Sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes satu angka iaitu antara dua hingga tujuh kes, manakala tiada kes baharu di 10 daerah,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata sebanyak 186 daripada 189 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, masing-masing seorang dalam Kategori 3 dan 5, manakala tiada pesakit baharu dalam Kategori 4.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 19 Disember 2021
Sabah 189 (237)

Kota Kinabalu 33 (41)
Tuaran 30 (23)
Ranau 21 (22)
Kota Belud 18 (19)
Papar 15 (19)
Penampang 15 (19)
Sandakan 10 (9)
Putatan 10 (15)
Keningau 7 (12)
Tenom 7 (11)
Kota Marudu 6 (4)
Kuala Penyu 5 (4)
Tambunan 3 (6)
Lahad Datu 3 (1)
Semporna 2 (2)
Beluran 2 (1)
Tawau 2 (9)
Telupid 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (2)
Sipitang 0 (2)
Pitas 0 (1)
Beaufort 0 (6)
Tongod 0 (3)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (7)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 18 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|