Covid-19 Sabah: Kes terendah hari ini sejak 29 Jun

Covid-19 Sabah: Kes terendah hari ini sejak 29 Jun

Kota Kinabalu: Sabah hari ini mencatat 197 kes baharu Covid-19, yang pertama di bawah 200 dalam tempoh lima bulan sejak akhir Jun lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kes hari ini menunjukkan penurunan 90 kes daripada 287 kes semalam.

“Sabah mencatat jumlah kes harian terendah sejak 29 Jun 2021 dengan hanya 197 kes baharu hari ini, 90 kes lebih rendah berbanding semalam.

“Beberapa daerah merekodkan penurunan kes baharu pada kadar yang agak besar. Kota Kinabalu turun 30 kes, manakala Papar turun 20 kes.

“Daerah Ranau pula berkurangan 11 kes, Putatan turun 19 kes dan Tenom susut sebanyak tujuh kes.

“Walau bagaimanapun beberapa daerah lain mencatat kes harian yang lebih tinggi termasuk Tuaran yang menambah 17 kes kepada 35 kesdan menjadi penyumbang tertinggi baharu di Sabah hari ini.

“Kes baharu di Kota Belud dan Penampang juga bertambah tetapi dalam jumlah yang kecil,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, jumlah daerah yang tidak melaporkan sebarang kes baharu juga semakin bertambah dengan lapan daerah pada hari ini, manakala 13 daerah mencatat jumlah kes baharu di bawah 10.

Katanya, seramai 194 orang daripada 197 pesakit atau 98.48 peratus kes yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala tiada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5, manakala seorang pesakit dalam Kategori 4.

Dalam pada itu, Masidi berkata berdasarkan statistik kes seharian pada 11 Disember 2021, jangkaan kadar kebolehjangkitan Covid19 atau Rt bagi seluruh negara ialah 0.97 manakala bagi Sabah 0.87.

Staristik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 12 Disember 2021
Sabah 197 ( 287 )

Tuaran 34 (18)
Kota Kinabalu 27 (57)
Ranau 22 (33)
Kota Belud 22 (18)
Penampang 19 (16)
Papar 17 (37)
Keningau 8 (5)
Sandakan 7 (12)
Beaufort 7 (7)
Kuala Penyu 6 (6)
Tambunan 5 (4)
Nabawan 5 (1)
Tenom 5 (12)
Sipitang 3 (2)
Tawau 3 (7)
Kota Marudu 2 (8)
Kudat 2 (4)
Beluran 1 (4)
Pitas 1 (5)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (3)
Lahad Datu 0
Kinabatangan 0 (6)
Kunak 0 (0)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Putatan 0 (19)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 11 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|