Covid-19 Sabah: Kes naik semula hari ini

Covid-19 Sabah: Kes naik semula hari ini

Kota Kinabalu: Setelah beberapa hari mencatat penurunan, Sabah kembali merekodkan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 71 kes kepada 237 kes hari ini berbanding 166 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah dalam kumpulan empat serangkai masih lagi menjadi antara daerah yang mendominasi kes tertinggi di Sabah.

Katanya, daerah terbabit iaitu Kota Kinabalu mencatat 41 kes, diikuti Tuaran (23 kes), Ranau (22 kes) dan Kota Belud (19 kes).

“Selain empat daerah terbabit, daerah Penampang dan Papar juga masing-masing mencatat sebanyak 19 kes, manakala Putatan (15 kes), Keningau (12 kes) dan Tenom (11 kes).

“Sebanyak 14 daerah lain mencatat kes satu angka sahaja dan empat daerah lagi mencatat sifar kes,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Bagaimanapun, beliau berkata lima dearah masih mencatat penurunan kes hari ini, manakala secara keseluruhan sebanyak 18 daerah mencatat peningkatan.

Namun, katanya hanya Kota Belud yang menunjukkan peningkatan ketara dengan dua angka, iaitu naik 17 kes berbanding semalam.

“Empat daerah lagi mengekalkan catatan sebagaimana semalam.

“Seramai 228 pesakit atau 96.2 peratus daripada jumlah kes hari ini berada dalam Kategori 1 dab 2, tiga orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 18 Disember 2021
Sabah 237 (166)

Kota Kinabalu 41 (41)
Tuaran 23 (27)
Ranau 22 (14)
Papar 19 (18)
Penampang 19 (13)
Kota Belud 19 (2)
Putatan 15 (11)
Keningau 12 (3)
Tenom 11 (9)
Sandakan 9 (4)
Tawau 9 (3)
Kudat 7 (1)
Tambunan 6 (4)
Beaufort 6 (7)
Kuala Penyu 4 (2)
Kota Marudu 4 (0)
Tongod 3 (0)
Nabawan 2 (0)
Sipitang 2 (1)
Beluran 1 (0)
Lahad Datu 1 (2)
Kinabatangan 1 (0)
Pitas 1 (1)
Semporna 0 (2)
Telupid 0 (0)
Kunak 0 (0)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 17 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|