Covid-19 Sabah: Kes naik di 15 daerah

Covid-19 Sabah: Kes naik di 15 daerah

Kota Kinabalu: Bilangan daerah mencatat kenaikan kes baharu Covid-19 di Sabah kekal tinggi dengan 15 daerah dilaporkan ada pertambahan jangkitan meskipun berlaku sedikit penurunan kes secara keseluruhan hari ini.

Sabah hari ini merekodkan penurunan sebanyak 13 kes kepada 487 kes berbanding 500 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sebanyak 15 daerah mencatat peningkatan kes berbanding 10 daerah mencatat penurunan, manakala dua lagi daerah mencatat jumlah kes yang sama seperti semalam.

“Daerah yang mencatat penurunan ketara ialah Kota Kinabalu (-43 kes), Ranau (-23 kes), Kota Belud (-14 kes), Kuala Penyu (-12 kes), Tuaran (-11 kes) dan Tenom (-11 kes).

“Daerah yang mencatat peningkatan ketara pula ialah Kota Marudu (+18 kes), Beaufort (+16 kes), Putatan (+11 kes), Beluran (+10 kes) dan Pitas (+10 kes),” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata sebanyak 320 kes atau 65.71 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

Selebihnya, beliau berkata adalah kes yang berlaku lebih awal tetapi didaftar lewat antara dua hingga lima hari selepas keputusan diketahui.

Paling lewat, katanya terdapat dua kes daftar enam hari dan satu kes lewat didaftar melebihi 12 hari.

“Kes yang berpunca daripada saringan bergejala atau kes sporadik adalah tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 195 kes atau 40.04 peratus. Kes ini biasanya berpunca daripada kegagalan individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sebanyak 98.2 peratus daripada kes hari ini adalah kes yang dianggap ringan, iaitu dalam Kategori 1 dan Kategori , yang mana pesakit tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Pesakit dalam Kategori 3 pula ada dua orang, manakala seorang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam kategori 5. Enam kes lagi masih dalam siasatan lanjut JKNS,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 16 November 2021
Sabah 487 (500)

Tuaran 59 (70)
Kota Kinabalu 56 (99)
Kota Belud 39 (53)
Kota Marudu 37 (19)
Beaufort 37 (21)
Papar 28 (28)
Ranau 25 (48)
Penampang 23 (24)
Keningau 23 (14)
Tenom 22 (33)
Putatan 16 (5)
Tambunan 15 (9)
Kinabatangan 14 (6)
Beluran 13 (3)
Sipitang 12 (7)
Pitas 12 (2)
Kudat 12 (10)
Tawau 10 (15)
Tongod 9 (0)
Lahad Datu 8 (0)
Sandakan 8 (15)
Nabawan 3 (2)
Kuala Penyu 2 (14)
Telupid 2 (0)
Semporna 1 (1)
Kalabakan 1 (0)
Kunak 0 (2)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 15 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|