Lelaki alami AMS diselamatkan

Lelaki alami AMS diselamatkan

Ranau: Angin kencang dan cuaca sejuk dipercayai menjadi punca seorang lelaki mengalami AMS (Accute Mountain Sickness) sehingga terpaksa dibawa turun oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kejadian di Gunung Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi itu, mangsa berusia 41 tahun terpaksa dibawa turun ke Timpohon Gate oleh Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang berasal dari Kudat, terpaksa diusung menggunakan peralatan pengusung oleh pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) dan malim gunung

“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa terus diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan sendiri yang dipandu oleh rakan mangsa untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 4.39 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|