Covid-19 Sabah: Kes meningkat mendadak hari ini

Covid-19 Sabah: Kes meningkat mendadak hari ini

Kota Kinabalu: Kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat mendadak sebanyak 112 kes kepada 599 kes hari ini, berbanding 487 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata, sebanyak 16 daerah mencatat peningkatan dengan enam daripadanya mencatatkan pertambahan dua angka.

Katanya, hanya sembilan daerah dilapor mencatat penurunan kes, hari ini.

“Daerah Kota Kinabalu kembali menjadi penyumbang terbesar kes di negeri Sabah dengan 101 kes, iaitu 45 kes lebih tinggi berbanding semalam.

“Daerah Tuaran juga mencatatkan kes yang tinggi iaitu 95 kes, menambah 36 kes berbanding 59 kes semalam,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan kes di beberapa daerah adalah yang didaftar lewat melebihi dua hari dengan daerah Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi sebanyak 89 kes.

Katanya, kes didaftar lewat juga dilaporkan tinggi di Kota Belud iaitu 28 kes daripada 53 kes keseluruhan hari ini, diikuti Penampang dengan 27 les lewat daripada 35 kes yang direkodkan.

“Sebanyak 372 kes atau 62 peratus daripada kes yang direkodkan pada hari ini adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Selebihnya adalah kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih lama selepas keputusan ujian diketahui,” katanya.

Masidi berkata 98 peratus daripada kes hari ini adalah kes yang dianggap ringan, iaitu dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala hanya tiga pesakit dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 17 November 2021
Sabah 599 (487)
Malaysia 6,288 ( 5,413)

Kota Kinabalu 101 (56)
Tuaran 95 (59)
Kota Belud 53 (39)
Ranau 40 (25)
Penampang 35 (23)
Beaufort 31 (37)
Papar 29 (28)
Kota Marudu 28 (37)
Keningau 25 (23)
Sandakan 21 (8)
Beluran 19 (13)
Putatan 17 (16)
Kudat 17 (12)
Tambunan 15 (15)
Kinabatangan 13 (14)
Sipitang 12 (12)
Tenom 12 (22)
Lahad Datu 10 (8)
Pitas 7 (12)
Kuala Penyu 6 (2)
Telupid 4 (2)
Kunak 3 (0)
Nabawan 2 (3)
Tawau 2 (10)
Kalabakan 2 (1)
Semporna 0 (1)
Tongod 0 (9)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 16 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|