Covid-19 Sabah: Kes meningkat lagi hari ini

Covid-19 Sabah: Kes meningkat lagi hari ini

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah meningkat lagi hari ini kepada sebanyak 192 kes baharu, menunjukkan peningkatan 24 kes daripada 168 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata tujuh daerah mencatat kes dua angka hari ini iaitu Kota Kinabalu (37 kes), Ranau (24 kes), Tuaran (20 kes), Penampang (17 kes), Putatan (17 kes), Kota Belud (14 kes) dan Beaufort (10 kes).

Katanya, sebanyak 16 daerah lagi mencatat kes satu angka, manakala empat daerah mencatat sifar kes.

“Kota Kinabalu dan Ranau mencatat perubahan agak tinggi, masing-masing dengan peningkatan sebanyak 16 kes dan 13 kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Beliau berkata, seramai 187 orang daripada 192 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit baharu dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 29 Disember 2021
Sabah 192 (168)

Kota Kinabalu 37 (21)
Ranau 24 (11)
Tuaran 20 (11)
Penampang 17 (18)
Putatan 17 (16)
Kota Belud 14 (17)
Beaufort 10 (9)
Papar 8 (7)
Tambunan 6 (3)
Keningau 6 (12)
Tenom 6 (4)
Sipitang 5 (10)
Tongod 5 (0)
Sandakan 3 (3)
Kota Marudu 3 (9)
Kuala Penyu 2 (2)
Kinabatangan 2 (0)
Nabawan 2 (1)
Beluran 1 (2)
Telupid 1 (1)
Lahad Datu 1 (5)
Pitas 1 (1)
Tawau 1 (1)
Semporna 0 (0)
Kunak 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (4)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 28 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|