Covid-19 Sabah: Kes harian masih ‘trend’ menurun

Covid-19 Sabah: Kes harian masih ‘trend’ menurun

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah terus menunjukkan ‘trend’ penurunan yang bermula sejak beberapa hari lalu dengan 438 kes hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah itu menunjukkan pengurangan 48 kes berbanding 486 kes yang dilaporkan semalam.

Katanya, daerah Kota Kinabalu mencatat 81 kes baharu, turun 19 kes berbanding semalam tetapi kekal daerah yang paling tinggi jumlah kes harian.

“Daerah lain dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’ iaitu Tuaran, Kota Belud dan Ranau, semuanya mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi walaupun peningkatan kes adalah dalam jumlah yang kecil,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, kedudukan jumlah kes baharu di daerah lain pula sdalah bercampur-campur.

Katanya, terdapat penurunan kes baharu di Penampang, Papar, Keningau, Kota Marudu dan Tenom tetapi daerah Kinabatangan, Kuala Penyu dan Lahad Datu mencatat pertambahan kecil.

Tambahnya, daerah Semporna, Telupid, Nabawan, Tongod dan Kalabakan pula tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini.

“Seramai 429 orang atau sekitar 98 peratus daripada 438 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala empat orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 27 November 2021
Sabah 438 (486)
Malaysia 5,097 (5,501)

Kota Kinabalu 81 (100)
Tuaran 48 (45)
Kota Belud 48 (45)
Penampang 33 (39)
Ranau 29 (21)
Papar 23 (26)
Beluran 19 (2)
Keningau 19 (29)
Beaufort 19 (22)
Putatan 19 (19)
Kuala Penyu 18 (14)
Kota Marudu 15 (23)
Kudat 12 (11)
Kinabatangan 11 (3)
Tenom 10 (18)
Tawau 10 (9)
Sipitang 8 (13)
Sandakan 6 (12)
Lahad Datu 5 (1)
Tambunan 3 (2)
Kunak 1 (0)
Pitas 1 (3)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (9)
Nabawan 0 (3)
Tongod 0 (12)
Kalabakan 0 (5)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 26 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|