Covid-19 Sabah: Kes hari ini terendah sejak 15 Julai

Covid-19 Sabah: Kes hari ini terendah sejak 15 Julai

Kota Kinabalu: Sabah hari ini mencatat penurunan 66 kes baharu Covid-19 kepada 342 kes, iaitu jumlah terendah sejak 15 Julai lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bagaimanapun berkata terdapat juga daerah mencatat peningkatan ketara, khususnya Kinabatangan.

Katanya, daerah itu mencatat 85 kes baharu hari ini berbanding hanya tujuh kes semalam, menjadikannya daerah paling tinggi kes di Sabah hari ini, diikuti Kota Kinabalu dengan 59 kes.

“Jumlah yang tinggi di Kinabatangan berpunca daripada Kluster Sawit Mania yang menyumbang 84 kes baharu. Kes yang melibatkan Kluster Sawit Mania adalah kes yang berlaku dua hari lalu tetapi baru direkodkan hari ini selepas pengesahan keputusan ujian,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara keseluruhan, Masidi berkata sebanyak 20 daerah di Sabah mencatat kes satu angka sahaja dengan lima daripadanya mencatat sifar kes.

Katanya, sebanyak enam daerah mencatat penurunan signifikan iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, Beluran, Penampang dan Kota Belud.

“Hanya tiga daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes baharu termasuk Kinabatangan yang mencatat pertambahan yang tinggi daripada Kluster Sawit Mania. Empat lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya.

Masidi berkata, 98 peratus daripada kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala dua pesakit dalam Kategori 3 serta masing-masing satu pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 29 November 2021
Sabah 342 (408)

Kinabatangan 85 (7)
Kota Kinabalu 59 (88)
Tuaran 44 (60)
Penampang 25 (38)
Kota Belud 23 (33)
Papar 20 (25)
Keningau 11 (10)
Kuala Penyu 9 (11)
Ranau 8 (25)
Kota Marudu 8 (14)
Putatan 8 (14)
Tenom 7 (6)
Beaufort 7 (9)
Tawau 5 (5)
Kudat 5 (8)
Tambunan 4 (6)
Lahad Datu 4 (6)
Sandakan 4 (7)
Telupid 2 (3)
Sipitang 2 (8)
Pitas 1 (7)
Tongod 1 (3)
Semporna 0 (0)
Beluran 0 (14)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 28 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|