Covid-19 Sabah: Kes di Sabah semakin stabil

Covid-19 Sabah: Kes di Sabah semakin stabil

Kota Kinabalu: Kedudukan Covid-19 di Sabah terus menunjukkan ‘trend’ penstabilan dengan penurunan 29 kes kepada 195 kes hari ini berbanding 224 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan 34 kes, diikuti Tuaran (29 kes) dan Penampang (18).

Katanya, daerah lain yang mencatat kes dua angka ialah Ranau dan Kota Belud masing-masing 16 kes, diikuti Papar (11) dan Kuala Penyu sebanyak 10 kes.

“Sebanyak 17 daerah lain mencatat kes harian satu angka sahaja, manakala tiada kes baharu di tiga daerah iaitu Putatan, Kunak dan Semporna.

“Daripada 195 orang pesakit baharu hari ini, seramai 187 orang berada dalam Kategori 1 dan 2, masing-masing dua orang dalam Kategori 3 danKategori 4 serta seorang dalam Kategori 5,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata dengan mengambil kira kedudukan kes Covid-19 di seluruh negara semalam, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi Malaysia ialah 0.92, manakala 0.84 bagi negeri Sabah.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah

Covid Update 16 Disember 2021
Sabah 195 (224)

Kota Kinabalu 34 (36)
Tuaran 29 (31)
Penampang 18 (18)
Ranau 16 (11)
Kota Belud 16 (19)
Papar 11 (16)
Kuala Penyu 10 (7)
Sandakan 9 (16)
Tenom 6 (17)
Tambunan 5 (1)
Keningau 5 (3)
Tawau 5 (4)
Telupid 4 (1)
Sipitang 4 (4)
Beluran 3 (1)
Kota Marudu 3 (6)
Nabawan 3 (2)
Beaufort 3 (11)
Tongod 3 (0)
Kudat 3 (5)
Lahad Datu 2 (4)
Kinabatangan 1 (2)
Pitas 1 (2)
Kalabakan 1 (0)
Semporna 0 (1)
Kunak 0 (0)
Putatan 0 (6)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 15 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|