Covid-19 Sabah: Kes baharu terus meningkat

Covid-19 Sabah: Kes baharu terus meningkat

Kota Kinabalu: Sabah terus mencatat peningkatan jangkitan Covid-19 dengan sebanyak 226 kes baharu lagi direkodkan hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah itu membabitkan penambahan 34 kes daripada 192 kes yang dilaporkan semalam.

“Lebih banyak daerah mencatat kes baharu dua angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 46 kes, diikuti Tuaran (37 kes), manakala lapan daerah lain lagi mencatat antara 10 hingga 18 kes.

“Sebanyak 14 daerah pula mencatat kes satu angka dan cuma tiga daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, daerah Tuaran dan Tawau merekodkan peningkatan kes baharu yang agak tinggi berbanding semalam, masing-masing meningkat 17 kes dan 14 kes.

Katanya, Ranau adalah satu-satunya daerah yang menunjukkan penurunan kes baharu agak banyak iaitu dengan pengurangan 12 kes berbanding semalam.

“Seramai 221 orang daripada 226 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala dua orang dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan Kategori 5 ,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah

Covid Update 30 Disember 2021
Sabah 226 (192)

Kota Kinabalu 46 (37)
Tuaran 37 (20)
Penampang 18 (17)
Tawau 15 (1)
Kota Belud 14 (14)
Keningau 13 (6)
Papar 12 (8)
Ranau 12 (24)
Putatan 11 (17)
Beaufort 10 (10)
Sandakan 9 (3)
Tambunan 7 (6)
Beluran 4 (1)
Kuala Penyu 2 (2)
Telupid 2 (1)
Lahad Datu 2 (1)
Kinabatangan 2 (2)
Kota Marudu 2 (3)
Pitas 2 (1)
Kudat 2 (0)
Semporna 1 (0)
Sipitang 1 (5)
Tenom 1 (6)
Tongod 1 (5)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (2)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 29 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|