Covid-19 Sabah: Kes baharu bawah 300 hari ini

Covid-19 Sabah: Kes baharu bawah 300 hari ini

Kota Kinabalu: Sabah hari ini mencatat 294 kes baharu Covid-19, menjadikannya jumlah kes pertama berada di bawah 300 selepas hampir enam bulan.

Kali terakhir Sabah mencatat jumlah kes di bawah 300 ialah pada 14 Julai lalu sebelum melonjak hingga mencapai empat angka pada Ogos dan September lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kes hari ini turut menunjukkan penurunan sebanyak 57 kes daripada 351 kes yang dilaporkan semalam.

Bagaimanapun, katanya secara keseluruhan, kedudukan kes di semua daerah adalah bercampur-campur yang mana berlaku turun naik setiap hari.

“Kota Kinabalu masih mencatatkan jumlah kes yang tertinggi di Sabah hampir setiap hari hari dan jumlah hari ini ialah 60 kes.

“Tuaran penyumbang kedua tertinggi dengan 33 kes baharu tetapi mencatat pengurangan 17 kes berbanding semalam.

“Daerah Ranau pula di tangga ketiga dengan 28 kes, kurang lima kes berbanding semalam. Anggota ‘Empat Serangkai’ yang keempat, Kota Belud mencatat 13 kes turun 28 kes hari ini berbanding 41 kes semalam,” katanya.

Masidi berkata, jumlah dan peratusan yang tinggi setiap hari bagi kes yang berpunca daripada jangkitan sporadik harus dilihat sebagai satu amaran dan peringatan kepada semua agar mengelak tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Jelasnya, semua prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi setiap masa.

“Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat berbanding varian sebelum ini. Peratusan kes jangkitan sporadik hari ini ialah 36 peratus, berbanding 38 kes semalam dan 42 peratus kelmarin,” katanya.

Katanya, daripada 294 kes hari ini, sebanyak 287 kes atau 98 peratus adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang dalam Kategori 3, manakala dua pesakit dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 5 Disember 2021
Sabah 294 ( 351)

Kota Kinabalu 60 (59)
Tuaran 33 (50)
Ranau 28 (33)
Penampang 18 (19)
Keningau 18 (19)
Beaufort 18 (19)
Putatan 18 (4)
Papar 14 (26)
Sandakan 13 (5)
Kota Belud 13 (41)
Kota Marudu 10 ( 9)
Kuala Penyu 9 (8)
Pitas 7 (5)
Tenom 7 ( 11)
Tawau 5 (3)
Tambunan 3 ( 6)
Lahad Datu 3 ( 7)
Sipitang 3 (5)
Kudat 3 (8)
Semporna 2 (0)
Beluran 2 (5)
Kunak 2 (0)
Tongod 2 (0)
Telupid 1 (6)
Kinabatangan 1 (2)
Kalabakan 1 (0)
Nabawan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes semalam 4 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|