Operasi cari budak 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya diteruskan

Operasi cari budak 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya diteruskan

Lahad Datu: Operasi mencari mangsa kanak-kanak berusia 10 tahun yang hilang dipercayai dibaham buaya di Kampung Sinakut, Felda Sahabat 16, di sini, diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukan operasi tiba di lokasi pada jam 10.20 petang.

Pasukan operasi pencarian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyambung operasi pencarian hari ini. Pix Ihsan Bomba

Katanya, pasukan operasi mengambil tindakan awal dengan mendapatkan maklumat terkini mengenai insidem berkenaan di Balai Polis Cenderawasih.

“Pasukan operasi seterusnya menuju ke lokasi dipercayai kejadian berlaku dengan bantuan ibu mangsa.

“Penilaian awal bagaimanapun mendapati tiada tempat sesuai untuk menurunkan bot berhmpiran lokasi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terpaksa bergerak ke jeti di kawasan Desa Kencana sejauh 7 kilometer dari lokasi untuk menurunkan bot dan terus memulakan operasi.

Katanya, pasukan penyelamat kini sedang giat menjalankan operasi pencarian dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam kejadian jam 7.18 malam semalam, mangsa dikhuatiri dibaham buaya selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut bersama beberapa rakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|