Covid-19 Sabah: Jangkitan meningkat 43 kes hari ini

Covid-19 Sabah: Jangkitan meningkat 43 kes hari ini

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah meningkat semula dengan pertambahan sebanyak 43 kes kepada 168 kes baharu, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata situasi itu disebabkan banyak daerah mencatat kes baharu walaupun dalam jumlah yang kecil.

“Sebanyak lapan daerah mencatat kes dua angka iaitu Kota Kinabalu (21 kes), Penampang (18 kes), Kota Belud (17 kes), Putatan (16 kes), Keningau (12 kes), Ranau (11 kes), Tuaran (11 kes) dan Sipitang (10 kes).

“Sebanyak 14 daerah lagi mencatat jumlah kes pada kadar satu angka manakala lima daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Berbanding semalam, Masidi berkata hanya tiga daerah mencatat jumlah kes dua angka, 16 daerah mencatat kes baharu satu angka dan lapan daerah tanpa sebarang kes baharu.

Katanya, seramai 162 orang daripada 168 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala tiga orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit baharu dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 28 Disember 2021
Sabah 168 (125)

Kota Kinabalu 21 (23)
Penampang 18 (7)
Kota Belud 17 (19)
Putatan 16 (5)
Keningau 12 (7)
Ranau 11 (8)
Tuaran 11 (23)
Sipitang 10 (7)
Kota Marudu 9 (5)
Beaufort 9 (4)
Papar 7 (2)
Lahad Datu 5 (3)
Tenom 4 (0)
Kudat 4 (3)
Tambunan 3 (2)
Sandakan 3 (2)
Kuala Penyu 2 (2)
Beluran 2 (1)
Telupid 1 (0)
Nabawan 1 (0)
Pitas 1 (0)
Tawau 1 (0)
Semporna 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kunak 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 27 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|