Covid-19 Sabah: Hanya enam daerah catat lebih 20 kes

Covid-19 Sabah: Hanya enam daerah catat lebih 20 kes

Kota Kinabalu: Sebanyak enam daerah mencatat jangkitan baharu Covid-19 melebihi 20 kes dengan jumlah tertinggi di Kota Kinabalu sebanyak 78 kes.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata lima daerah lagi ialah Penampang (58 kes), Tuaran (47 kes), Papar (29 kes), Beaufort (27 kes) dan Ranau (22 kes).

“Sebanyak 21 daerah lagi merekodkan kurang daripada 20 kes dengan 14 daripadanya hanya merekodkan kes satu angka dan tiada kes baharu di empat daerah.

“Secara keseluruhan, jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah hari ini ialah 427 kes dengan enurunan 40 kes berbanding 467 kes semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata hampir 98 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantaaahuan di rumah atau di PKRC.

Katanya, seramai tiga pesakit pula berada dalam Kategori 3, manakala masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 2 Disember 2021
Sabah 427 (467)

Kota Kinabalu 78 (83)
Penampang 58 (36)
Tuaran 47 (54)
Papar 29 (34)
Beaufort 27 (34)
Ranau 22 (20)
Kota Belud 18 (29)
Kuala Penyu 17 (9)
Keningau 17 (15)
Putatan 16 (19)
Kota Marudu 15 (28)
Kudat 14 (10)
Tenom 11 (12)
Tambunan 9 (6)
Pitas 9 (6)
Sandakan 7 (20)
Sipitang 7 (18)
Tawau 7 (10)
Lahad Datu 6 (11)
Beluran 5 (6)
Kinabatangan 4 (3)
Semporna 3 (0)
Telupid 1 (3)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 1 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|