Covid-19 Sabah: 23 lagi kes kematian dilapor hari ini

Covid-19 Sabah: 23 lagi kes kematian dilapor hari ini

Kota Kinabalu: Kes baharu Covid-19 di Sabah kekal melepasi angka 3,000 dengan 23 lagi kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 hari ini dilaporkan di Tawau dengan sebanyak lapan kes.

Katanya, ia disusuli masing-masing empat kes kematian dilaporkan di Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan, manakala dua kes kematian di Penampang, diikuti satu kes di Putatan.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang discaj dari hospital atau sembuh pula ialah seramai 2,020 orang, manakala seramai 4,763 pesakit sedang menerima rawatan.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,399
orang berada di hospital, manakala 3,322 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, diikuti 28 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara serta 14 orang di
fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah seramai 182 orang dan 78 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Secara keseluruhan, Sabah merekodkan sebanyak 3,224 kes baharu Covid-19 hari ini, menurun sebanyak 152 kes berbandinhmg 3,376 kes yang dilaporkan semalam.

Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu kekal penyumbang kes yang paling tinggi iaitu sebanyak 630 kes (-111), diikuti Penampang, 413 kes (+78); Tuaran, 348 (-90); Papar, 319 (+62); Sandakan, 245 (+36); Tawau, 189 (+10); Kota Belud, 128
(+51); Keningau, 120 (-6); Lahad Datu, 102 (-30); Putatan, 94 (-40); Kota Marudu, 88 (+30); Sipitang, 82 (-64); Beaufort, 55 (-67) dan Kinabatangan, 53 (-54).

“Sebanyak 315 kes atau 9.8 peratus daripada jumlah hari ini adalah kes daftar lewat melebihi lima hari, diikuti 322 kes atau 10 peratus keputusan saringan didaftar lewat antara empat hingga lima hari dan 1,385 kes atau 43 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua hingga tiga hari.

“Sebanyak 2,098 kes atau 65.1 peratus adalah daripada saringan kontak rapat, diikuti 788 kes atau 24.4 peratus diperolehi melalui saringan bergejala dan 75 kes atau 2.3 peratus melalui saringan kluster. Seramai 2,878 orang atau 89.2 peratus adalah warga negara, manakala 346 orang bukan warga negara,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|