Covid-19 Sabah: 20 peratus kes babitkan kanak-kanak bawah 12 tahun

Covid-19 Sabah: 20 peratus kes babitkan kanak-kanak bawah 12 tahun

Kota Kinabalu: Hampir 20 peratus daripada 287 kes Covid-19 di Sabah hari ini dikenal pasti membabitkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sebanyak 46 peratus daripada jumlah kes hari ini pula terdiri daripada wanita.

“Seramai 54 orang atau 19 peratus daripada 287 pesakit hari ini pula melibatkan warga asing,” katanya dalam kenyataan media, petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes Covid-19 di Sabah hari ini meningkat semula kepda 287 kes selepas mencatat jumlah terendah falam tempoh lima bulan dengan 263 kes, semalam.

Beliau berkata, daerah Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi dengan 57 kes, diikuti Papar (37 kes) dan Ranau (33 kes).

“Kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah 20 dengan 15 daerah hanya mencatat satu angka, manakala tiada kes baharu di tiga daerah,” katanya.

Beliau berkata, seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala masing-masing seorang pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 11 Disember 2021
Sabah 287 (263)

Kota Kinabalu 57 (47)
Papar 37 (12)
Ranau 33 (14)
Putatan 19 (16)
Tuaran 18 (27)
Kota Belud 18 (17)
Penampang 16 (25)
Sandakan 12 (12)
Tenom 12 (16)
Kota Marudu 8 (9)
Beaufort 7 (18)
Tawau 7 (5)
Kuala Penyu 6 (6)
Kinabatangan 6 (2)
Keningau 5 (6)
Pitas 5 (6)
Tambunan 4 (3)
Beluran 4 (2)
Kudat 4 (2)
Telupid 3 (10)
Lahad Datu 2 (7)
Sipitang 2 (1)
Nabawan 1 (0)
Tongod 1 (0)
Semporna 0 (0)
Kunak 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 10 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|