10 kenderaan tersadai akibat jalan rosak

10 kenderaan tersadai akibat jalan rosak

Kota Kinabalu: Keadaan fizikal jalan yang rosak, berlubang dan tidak rata serta bertakung air ketika hujan mengakibatkan ‘bencana’ kepada pengguna jalan.

Itu situasi yang dihadapi pengguna jalan raya di Jalan Sandakan- Telupid ketika ini apabila lebih 10 kenderaan tersadai akibat rim pecah dan tayar meletup selepas dikatakan terlanggar lubang yang sangat dalam.

Kejadian yang difahamkan berlaku malam tadi itu tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dan luahan hati netizen.

Hasil tinjauan mendapati, keadaan jalan rosak dan dipenuhi lubang itu difahamkan sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Namun kejadian malam tadi ternyata ‘membuka’ mata banyak pihak, bukan saja perlu berhati-hati atau mengelakkan jalan berkenaan sekiranya perlu.

Tetapi sebaliknya, pihak berkuasa dan bertanggungjawab perlu mengambil tindakan drastik termasuk membaik pulih jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini dalam kadar segera.

Sampai bila kita harus membiarkan perkara ini berterusan atau mungkin hanya selepas berlakunya ‘malapetaka’ yang lebih besar sehingga membabitkan kematian barulah tindakan diambil.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|