Covid-19 Sabah: 19 daerah catat kurang 20 kes

Covid-19 Sabah: 19 daerah catat kurang 20 kes

Kota Kinabalu: Sebanyak 19 daerah di Sabah mencatat kurang 20 kes termasuk 10 daerah mencatat kes satu angka jangkitan baharu Covid-19, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kota Kinabalu mencatat penurunan kes yang agak baik dengan pengurangan 28 kes berbanding semalam, diikuti daerah Ranau yang merekodkan penurunan sebanyak 23 kes.

Katanya, secara keseluruhan, 13 daerah di Sabah mencatat penurunan namun hanya Kota Kinabalu dan Ranau yang merekodkan penurunan yang agak banyak.

“Kota Kinabalu kekal penyumbang terbesar kes baharu di Sabah. Sebanyak 12 daerah merekodkan peningkatan kes yang agak kecil dan dua lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Secara keseluruhan, Sabah mencatat 545 kes baharu hari ini, bertambah dua kes berbanding 543 kes semalam.

Masidi berkata, kes positif yang berpunca daripada saringan bergejala agak tinggi hari ini dengan 222 kes atau hampir 41 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Kes yang sinonim dengan jangkitan sporadik ini menununjukkan virus ini telah berada dalam komuniti secara meluas dan risiko jangkitan adalah tinggi.

“Atas sebab inilah pentingnya masyarakat kekal mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 20 November 2021
Sabah 545 (543)
Malaysia 5,859 (6,355)

Kota Kinabalu 92 (120)
Kota Belud 57 (47)
Penampang 49 (40)
Tuaran 47 (51)
Papar 43 (28)
Tenom 36 (36)
Ranau 28 (51)
Kota Marudu 26 (23)
Beaufort 18 (18)
Putatan 18 (17)
Sipitang 17 (5)
Kudat 16 (8)
Keningau 14 (19)
Tambunan 13 (15)
Telupid 13 (4)
Tawau 13 (16)
Sandakan 10 (9)
Pitas 8 (8)
Kuala Penyu 6 (1)
Tongod 6 (7)
Lahad Datu 5 (7)
Semporna 3 (0)
Beluran 3 (14)
Kinabatangan 2 (9)
Nabawan 1 (2)
Kalabakan 1 (0)
Kunak 0 (3)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 19 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|