Balai raya musnah terbakar

Balai raya musnah terbakar

Penampang: Sebuah balai raya jenis separuh kekal musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Hungab, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, balai raya berkeluasan 325 meter persegi itu hanya terbakar hampir 80 peratusan keseluruhan bangunan selepas berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, keadaan balai raya didapati terbakar dan tindakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 30 meter terus dijalankan.

“Pasukan jentera yang menggunakan dua pancutan air kemudiannya berjaya mengawal api kebakaran pada jam 9.14 pagi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman terus dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 9.56 pagi

“Bahagian Forensik JBPM akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden kebakaran ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|