Cemas motosikal terbakar

Cemas motosikal terbakar

Kota Kinabalu: Penunggang dan pembonceng berdepan detik cemas apabila motosikal dinaiki terbakar di parkir tingkat 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Putatan selepas menemui keluarganya di lapangan terbang berkenaan.

Sebaik tiba di lokasi motosikal jenis Honda Dash 110 itu mati secara tiba-tiba sebelum mangsa menghentikan motosikalnya di kawasan parkir.

Mangsa kemudian cuba menghidupkan semula motosikal namun berlaku percikan api sebelum berlaku kebakaran.

Kakitangan KKIA yang melihat kejadian itu segera memberi bantuan menggunakan tiga alat pemadam api sebelum bomba datang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.49 tengah hari.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah motosikal yang terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman menggunakan alat pemadan api jenis debu kering.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|